Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU : HAPPY NEW YEAR 2009!



Selamat tahun baru saye ucapkan kepada semua!
Orang kate tahun baru, kite semua bukak buku baru. Dah alang-alang
Bukak buku baru tu kan, ape kate kite jadikan semuanye baru-baru
Belaka :D

Mesti seronok kan.
Ade azam baru. Baju baru nak pegi sekolah. Beg baru. Kasut baru. Haha
Tapi, bukan semua benda/perkara boleh dibarukan ni.
Huhuehehehe :D

Semoga tahun baru membawa sinar berbanding
Tahun sebelumnya ok :)
Dengan rasminya,
Saye mengumumkan entry ini ialah entry saye untuk TAHUN
2008 :)
2008 yang sangat hebat!
Banyak yang saye pelajari.
Selamat tinggal 2008,
Selamat menjelma 2009.
:)




HAPPY NEW YEAR!

Tuesday, December 23, 2008

WANITA

Boys , take note;



1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang , sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan .


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat .


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian .


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut . Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna .


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik saja ganggang diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan .


14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya .


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri .


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal .


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri .


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya .


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .


25. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.


27. Senjata wanita adalah airmata .


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ; hadiah ,bunga atau sekadar kad ucapan romantis . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu .


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita pandai-pandailah ;)



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .

Copyright © 2009 Momochi is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez